Pages

Monday, December 21, 2009

USAHAWAN CONTOH


Anak muda ini menjadi contoh dan cabaran pada anak anak muda yang masih menganggur di seluruh negara. Beliau yang berkelulusan ijazah Pendidikan Metametik diUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) sanggup menjadi penjual minuman kopi dan halia ke seluruh negri Kelantan. Dalam masa kesibukan anak muda ini menjual, rupa rupanya beliau telah diperhatikan dan menarik minat pada pemberita akhbar SINAR HARIAN. Anak muda yang dimaksudkan ialah Muhammmad Nazri bin Mokhtar ini telah berjaya menjadi usahawan contoh di ruangan Bisnes Kelantan melalui akhbar SINAR HARIAN. Tahniah anak Muda!!!

Wednesday, October 7, 2009

Durian




Durian merupakan tanaman buah berupa pohon. Sebutan durian berasal dari istilah Melayu iaitu dari kata duri yang diberi akhiran -an sehingga menjadi durian. Kata ini terutama dipergunakan untuk menyebut buah yang kulitnya berduri tajam. Durian berasal dari hutan Malaysia, Sumatra, dan Kalimantan yang berupa tanaman liar. Penyebaran durian ke arah Barat adalah ke Thailand, Birma, India dan Pakistan. Durian dikenali di Asia Tenggara sejak abad 7 Masehi. Nama lain durian adalah duren (Jawa, Gayo), duriang (Manado), dulian (Toraja), rulen (Seram Timur). Khasiat buah durian selain sebagai makanan buah segar dan olahan lainnya, terdapat manfaat dari bagian lainnya, iaitu:
1. Tanaman durian sebagai pencegah erosi di lahan-lahan yang miring
2. Batangnya untuk bahan bangunan/perkakas rumah tangga. Kayu durian setaraf dengan kayu sengon sebab kayunya lurus.
3. Bijinya yang memiliki kandungan pati cukup tinggi, berpotensi sebagai alternatif pengganti makanan (dapat dibuat bubur yang dicampur isinya).
4. Kulit tanaman durian dipakai sebagai bahan abu gosok yang bagus, dengan. cara dijemur sampai kering dan dibakar sampai hancur.
Durian merah ni sedap rasanya. Kulitnya berduri panjang dan tajam (ada ke duri buah durian tumpul hehee..). Buah ni terdapat dalam hutan dan biasa dimakan burung aje isinya. Binatang memang pandai cari buah yang sedap kan. Kebanyakan buah-buah hutan memang sedap pun. Takde suntikan botox mahupun colagen untuk mencomelkan buah tu. Hasil alam yang original memang menakjubkan.

Jika Anda Usahawan

Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan? Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan. Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta berkarisma untuk menjual idea-idea tersebut. Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya adalah seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain. Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggungjawab di dalam segala yang dilakukannya. Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu :
1. Mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.
2. Berkebolehan untuk mengenal pasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.
3. Boleh menetapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.
MENGATUR STRATEGI PEMASARAN:
Apakah itu pemasaran? Dalam bahasa yang paling mudah, pemasaran bolehlah dibayangkan sebagai jambatan yang menghubungi antara pembeli, pengguna dengan sesuatu produk, perkhidmatan dan apa jua yang hendak ditawarkan.
Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut :
1. Budaya masyarakat setempat harus difahami dan dihayati.
2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut serta sentiasa mudah diingati.
3. Lakukan promosi dan pengiklanan - usaha menyebarkan maklumat produk wajar diberi pertimbangan dalam usaha promosi.
4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah efektif khususnya kos.
5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli jiwa pelanggan.
6. Justeru itu peniaga/usahawan wajar belajar bagaimana mengurus dan membeli emosi pelanggan.
7. Kekalkan hubungan dengan pelanggan - ingat namanya dan senyum selalu. Strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal pembeli yang boleh tanpa halangan geografi dan demografi.
16 TIP USAHAWAN KAUM CINA
Kaum Cina merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan sering dijadikan contoh. Tidak salah mengambil iktibar yang baik daripada mana-mana kaum sekalipun selagi ia tidak bertentangan dengan pegangan Islam. Anda sebagai usahawan yang baru meningkat naik juga boleh mencontohi golongan peniaga ini:
1. Berniaga mestilah rajin, jika tidak, ia tidak menjadi.
2. Belanja mesti jimat, jika tidak, putus modal.
3. Sambut pelanggan dengan senyuman, jika tidak, pelanggan lari.
4. Masa sentiasa terbuka, jika tidak, hilang peluang.
5. Harga perlu berpatutan, jika tidak, timbul pergaduhan.
6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak, hilang modal.
7. Akaun perlu disemak sendiri, jika tidak, tidak tahu kekuatan modal.
8. Beri tawaran perlu jelas dan terang, jika tidak, ia tidak teratur.
9. Barangan perlu dikemas, jika tidak, ibarat sampah sarap.
10. Beri arahan pekerja ikut peraturan, jika tidak, akan memakan diri.
11. Barangan mesti disemak sendiri, jika tidak, rendah nilai dan mutunya.
12. Tempoh waktu tidak boleh lewat, jika tidak, hilang kepercayaan.
13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas, jika tidak, timbul penyelewengan.
14. Keluar masuk tunai perlu teliti, jika tidak, bertindih kesilapan.
15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik, jika tidak, mudarat diri.
16. Niat mesti kukuh dan jelas.
CIRI-CIRI PENIAGA ISLAM
1. Niat berniaga mesti betul. Misalnya hatinya berkata begini, "Di tempat ini ramai umat Islam, tapi satu pun tak ada kedai runcit. Ini hal fardu kifayah. Kalau tak selesai ertinya semua umat Islam di sini menanggung dosa. Kalau begitu aku nak buka kedai runcit." Itu adalah niat yang betul, yang tidak betul, hatinya berkata, "Aku nak berniaga supaya untung, bila untung aku akan jadi orang kaya, semua orang akan pandang dan kagum dengan aku".
2. Perkara yang diniagakan sah atau halal menurut Islam. Setiap barangan yang diniagakan mestilah barangan yang halal dan tidak mendatangkan mudarat kepada umat Islam dan manusia keseluruhannya. Orang Islam dilarang atau melibatkan diri dalam perniagaan berbentuk judi, arak, pelacuran dan sebagainya.
3. Perlaksanaan atau pengendalian kedai hendaklah dijalankan mengikut syariat. Timbangan atau sukatan mestilah betul, tidak ada penipuan dan tidak ada unsur-unsur riba.
4. Natijah mesti betul. Hasil keuntungan mestilah disalurkan kepada kehendak syariat. Apabila mendapat untung, cukup haul maka keluarkanlah zakat. Membantu fakir miskin, menderma kepada masjid dan surau, berkorban untuk jihad fisabilillah dan sebagainya. Natijah yang tidak betul ialah digunakan keuntungan daripada perniagaan itu ke meja judi, ke tempat-temapt hiburan yang melalaikan dan lain-lain lagi.
5. Jangan tinggalkan solat. Berniagalah pada bila-bila masa yang anda mampu tetapi jangan sampai meninggalkan solat. Solat itu ialah fardu ain dan lebih utama daripada berniaga. Perniagaan yang dijalankan oleh orang-orang yang tidak solat tidak diterima sebagai ibahdah di sisi Allah S.W.T.

Monday, October 5, 2009

Minum Susu Kambing - sunnah nabi


Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.
Mengapa kambing menjadi pilihan Allah?1. Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi.
Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?
1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.
2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.
3. ”Saya pi Mekah, saya tengok kambing-kambing ni jilat lumut kat atas batu” Dr. Jamnul Azhar. Kambing ni jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab tu kita cuma minum susu kambing. Nabi SAW meminum segelas susu panas sebelum tidur.
Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing.
Bela kambing mengajar rasa tawaduk.Kenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kora. Ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri.
Kata Nabi SAW: ”Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan”.
Nabi SAW disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua. Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya.
Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQTerdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.
”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .”
Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tak dak susu.
Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.
Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat.
Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling baik?
Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi.
Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu.
Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).
Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tak dak masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’.
Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia.
Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit).
Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi.
Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan.
”Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” Dr. Jamnul Azhar Mulkan.
Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya.
Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat.
”Susu kambing yang fresh (lepas perah minum terus) tak bau hanyir dan sangat sedap, lemak.” Ust. Farid Ravi.
”Saya nak bagi petua kalau nak minum susu kambing, masukkan halia sikit, daun palas sikit supaya dia tak bau hanyir” Ust. Farid Ravi.
KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
Kaya dengan protin, enzim dan vitamin AMengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barahDiperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcerMudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecilKhasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
7. KHASIAT SUSU KAMBING
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan olih pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996,rata rata penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya – dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:
a. Penyakit demam kuning.
b. Penyakit lemah jantung.
c. penyakit darah tinggi/pening2.
d. Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Cukup bermanfaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i. Sesuai diminum diwaktu pagi dan malam saebelum tidur.
Rencana di atas di petik dari blog YB Datok Husam Musa

Friday, October 2, 2009

Kurangkan Kolesterol




SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan khasiatnya. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dalam badan.
IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
KACANG TANAH
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.
KISMIS
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan mengambil 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

Wednesday, September 30, 2009

Rahsia Buah Delima


Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan. Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.
Sumber: Norkumala bt. Awang, INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Tuesday, September 15, 2009

Al Quran

Minyak Masak



Minyak masak menjadi satu kemestian apabila hendak memasak apa saja makanan terutama makanan yang digoreng. Hari ini terdapat pelbagai pilihan minyak masakan yang boleh didapati baik di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya.Minyak masak boleh dihasilkan dari berbagai sumber seperti kelapa, kelapa sawit, jagung, soya, kacang dan bermacam lagi. Harganya pula berbeza-beza dan warna juga agak berlainan di antara satu jenis dengan jenis yang lain. Ada yang warnanya lebih pekat atau gelap, ada pula yang warnanya kekuningan dan hampir jernih. Warna ini tidaklah menunjukkan kualiti minyak itu sendiri. Tetapi tahukah anda apa perbezaan di antara minyak masak yang dihasilkan dari sumber-sumber yang pelbagai ini? Bagaimana untuk memilih minyak yang terbaik di antara semua jenis minyak ini. Sebenarnya jenis-jenis minyak masak ini ada yang boleh memberi faedah kepada manusia dan sudah tentu juga yang membahayakan. Antara minyak masak yang baik untuk kesihatan ialah minyak zaitun (olive oil), minyak bunga matahari, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak dedak padi, minyak flaxseed dan lain-lain. Minyak kelapa sawit sebenarnya kurang berkhasiat kerana kandungan lemak tepunya adalah tinggi.Lemak Tak Tepu, Lemak Trans & Lemak TepuUntuk memilih minyak masak yang baik, anda perlu membelek label nutrisi pada botolnya. Perhatikan komposisi terpenting lemak yang tersenarai seperti di bawah:1. lemak trans (pastikan perkataan ini tidak disenaraikan)2. lemak tepu atau saturated fat (lemak tidak baik)3. lemak tak tepu atau unsaturated fat (lemak baik)4. lemak poli tak tepu polyunsaturated fat (lemak baik)5. lemak mono tak tepu atau mono unsaturated fat (lemak baik)Biasanya pengusaha akan membahagikan komposisi di atas mengikut sukatan tertentu iaitu menyatakan sukatan setiap 100gram. Pengguna perlu cekap dan bijak membuat pengiraan kerana sebotol bersaiz 2 liter akan mengandungi kira-kira 1500gram minyak masak. Sebagai contoh, jika setiap 100gram mengandungi 45gram lemak tepu, bererti lemak tepunya hampir separuh dari jumlah kandungan botol tersebut dan minyak ini memang boleh mendatangkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Minyak yang baik biasanya mengandungi lemak tepu yang rendah, dari 0 hingga 14gram lemak tepu dalam setiap 100gram. Minyak zaitun adalah minyak masak yang terbaik kerana kandungan lemak tepunya hampir tiada dan lemak tak tepu adalah tinggi sehingga mencapai 85gram dalam setiap 100gram.Lemak tepu adalah merbahaya kerana ia tinggi kandungan kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein), fungsinya mengangkut kolesterol dari organ hati ke arteri dan pengumpulan kolesterol dalam arteri boleh menyebabkan arteri tersumbat membawa kepada serangan jantung.Pastikan juga lemak trans TIDAK TERSENARAI dalam komposisi lemak. Lemak trans lebih merbahayakan kesihatan kerana boleh membawa serangan jantung dan penyakit kanser.Sebagai contoh, saya berikan 2 komposisi lemak yang saya dapati dari 2 botol minyak masak yang berlainan jenis:
Minyak Masak Jenama X:
Komposisi Jumlah Lemak: 14g
Tepu : 6.2gTrans : 0g
Politaktepu: 1.7g
Monotaktepu : 6.1g
Minyak Masak Jenama Y:
Komposisi Jumlah Lemak : 13g
Tepu : 2.1g
Politaktepu : 4.6g
Monotaktepu : 6.3g
Minyak masak jenama manakah yg sepatutnya anda pilih untuk kebaikan kesihatan anda?
Saya tentu akan memilih jenama Y.
Alasannya seperti berikut:Pilihlah jumlah kandungan lemak tak tepu 2 kali LEBIH dari jumlah lemak tepudan tiada lemak trans. Jika lemak trans disenaraikan sebagai 0 gram, bererti minyak masak tersebut masih mengandungi lemak trans, kerana dalam komposisi 14 gram kuantitinya hampir tidak dapat dikesan - pengusaha akan meletakkan angka 0. Tetapi jika diambil sukatan dalam komposisi 2 atau 3 liter, sudah tentu anda akan mendapati bacaannya dalam unit gram.
Dalam kes di atas, minyak masak X adalah minyak kelapa sawit dan minyak masak Y adalah minyak dedak padi (rice bran oil). Saya akan memilih minyak dedak padi kerana kandungan lemak tepunya rendah dan lemak trans tidak tersenarai.
Minyak masak dari bunga matahari atau sunflower oil (gambar). Warnanya sangat jernih dan tiada bau hanyir apabila memasak. Di samping itu, ia sangat cair pada suhu bilik, tidak seperti minyak kelapa sawit yang sangat likat. Selain itu, minyak bunga matahari dan minyak dedak padi juga tidak merosakkan rasa masakan. Jangan dengar saranan oleh chef-chef masakan di TV kerana mereka dibayar untuk mempromosikan jenama minyak masak tertentu. Tidak dinafikan minyak zaitun harganya begitu tinggi. Tetapi jika anda fikir semua minyak yang baik harganya mahal, jangan terkejut jika anda boleh dapati sebotol minyak bunga matahari 3 liter dengan harga lebih murah dari minyak kelapa sawit. Asalkan anda rajin memerhati di rak-rak pasaraya anda akan terjumpa minyak masak yang berkualiti dengan harga yang tidak dijangka. Insyaallah...!Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan "Tanpa Kolesterol" pada label botol tersebut kerana perkataan "Kolesterol" adalah subjektif. Ada kolesterol yang baik dan ada kolesterol yang tidak baik. Sebagai contoh, semata-mata kerana minyak masak jenama X mengandungi 6.2 gram lemak tepu dan 7.7 gram lemak tak tepu (lemak tepu kurang dari lemak tak tepu), pengusaha dengan mudahnya mendakwa ia tanpa kolesterol. Malangnya, minyak jenis ini digunakan oleh restoran-restoran, penjaja dan penebar roti canai untuk menjimatkan kos.

Khasiat Ikan


Ikan mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protin dan sepatutnya menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian kecil dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan protin seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh. Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok. Omega-3Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber omega-6 yang berlebihan. Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin). Istilah minyak limpa ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D. Spesis Ikan Berminyak
Tenggiri (Mackerel) Kaya dengan omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 ~ 3 % asid lemak omega 3. Bagaimanapun, kandungan lemak omega-3 berbeza mengikut musim. Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser. Salmon dikatakan spesis kedua kaya dengan omega 3 selepas Tenggiri.
Todak (Swordfish) Meskipun mengandungi omega 3, ia tidak dapat menandingi kandungan omega 3 seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon.
Ikan Kayu/Tongkol (Tuna)Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.
Ikan Kod (Cod) Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.
Ikan Parang (Wolf-Herring) Mengandungi omega 3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.
Sardin (Sardine/Pilchard) Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protin, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.
Layaran (Sailfish) Ikan Layaran juga antara sumber terbaik omega3.
Siakap (Barramundi) Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protin dan omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.
Kerapu (Grouper) Juga kaya dengan omega-3 dan protin.
Ikan Bilis (Anchovies) Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.
Ikan Mentah Memakan ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk memelihara kesihatan.

Mas Cotek



Emas Cotek/Pokok Barito/Pokok Serapat, Agoluran, Sempit-sempit, Pokok Telinga Kera (Vitex trifolia, Ficus deltoldea Jack, F Diversifolia Blume, F Letuseens Dest, F motleana Miq, Traningularis) dari famili Moracea. Ianya terdiri daripada 30 jenis spesis yang mana dipanggil tumbuhan atas pokok, batu, gambut (Epifit) Tumbuhan Menumpang yang dikenali sebagai pokok Raja Segala Ubat, Penawar Segala Penyakit oleh Pengamal Perubatan Tradisional Melayu terutama masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Merupakan Pusaka Asli Wanita dalam Perubatan Melayu). Bintik-bintik hitam yang terdapat di antara dua urat pada daun Eman Cotek yang bercantum merupakan satu Doctrine of Signature yang menggambarkan ianya berkhasiat untuk wanita. Kandungan yang terdapat dalam Emas Cotek ialah Naringin yang tergolong dalam flavonoid dan bersifat antioksida. Bahan bioaktif utama yang terdapat dalam Emas Cotek ialah Glukosid dan Sifonin, Flavonoid (Antioksidan yang sangat berkesan dalam mengawal pusingan (darah) yang baik, Anti radang, Anti rival, melindungi hati dan estrogen), Tannins (mengetatkan tisu yang kendur, mengurangkan pengeluaran air yang berlebihan iaitu diarrhea dan melindungi tisu yang rosak seperti eksema dan terbakar), Triterpenoids (pemecahan dan penyerapan nutrient), Proanthocyannis (melindungi tisu daripada rosak, merupakan antitoksid yang kuat), Phenois (Anti radang dan anti septic). Tumbuhan Emas Cotek telah pun diakui khasiatnya oleh Dr Azizul Abdul Kadir (Pengarah Bahagian Tumbuhan Herba-FRIM).
Diantara khasiatnya ialah mengecutkan salur peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asl serta mengukuhkannya, membantu melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah sakit puan (senggugut, keputihan, melawaskan haid, barah pangkal rahim, barah payu dara), mengurangkan keletihan dan meningkatkan keinginan seksual wanita, agen membantu mengekalkan awet muda, keayuan dan pulih dara. Di samping ianya berkhasiat untuk wanita Emas Cotek juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti tenaga batin, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, paru-paru berair, sakit urat, gaut, cirit-birit, penyakit kulit, migrain, angina ahmar dan memecahkan lemak serta memotong kolestrol dalam darah.

Friday, September 11, 2009

Rahsia Sayuran


Sayuran tempatan sememangnya mempunyai khasiat yang tinggi dan pelbagai kegunaan. Di kalangan masyarakat Asia khususnya, sayuran bukan sahaja dijadikan sebagai pelengkap kepada hidangan ruji tetapi juga mengambil komoditi ini di dalam dietnya untuk memberi kepelbagaian rasa, tarikan estetik disamping merupakan faktor penting dalam mengimbangi diet manusia menerusi zat-zat yang terkandung di dalamnya. Namun begitu ramai yang masih tidak menyangka bahawa fungsi atau nilai sayuran adalah lebih daripada itu terutamanya setelah dibuat kajian saintifik di mana kita dapati ia mampu memberi jawapan yang mengagumkan dalam mengatasi masalah sesuatu penyakit.
Sebenarnya sayuran diperolehi daripada tumbuhan sama ada diambil daripada daun, buah, pucuk, ubi atau batang sesuatu tumbuhan dan boleh dimasak ataupun dimakan mentah sebagai ulaman untuk dijadikan juadah pembuka selera. Disebalik fungsinya yang sebenar, tersirat seribu rahsia yang amat bernilai dalam perubatan. Antara khasiatnya:
CILI MERAH
Cili merah atau nama saintifiknya Capsicum annuum yang berasal dari keluarga Solanaceae ini merupakan sejenis cili berisi tebal berwarna merah atau hijau dan mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Ia mengeluarkan buaga kecil yang bertukar menjadi buah pada setiap ranting daun. Cili merah kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat galian seperti besi, kalsium, fosforus, sodium dan potasium. Sayuran ini dikatakan bernilai dari segi kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukkan. Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit kerongkong. Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis.
BROKOLI
Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang kerap menyerang kaum wanita pada usia 35 hingga 50 tahun. Tanda paling ketara wujudnya penyakit itu ialah sakit kaki dan belakang kerana kekuatan tulang di bahagian berkenaan merosot di bawah tahap yang sewajarnya. Amalan mempertingkatkan kalsium dan mengurangkan protein dan fosforus adalah di antara petua-petua untuk menghindar, mengawal atau mengubati osteoporosis. Pengambilan makanan yang kaya dengan protein boleh menyebabkan tubuh kehilangan zat-zat galian, terutamanya kalsium yang penting untuk pembinaan tulang. Lantaran itu brokoli sejenis sayuran berdaun amat sesuai untuk menghindari penyakit ini kerana kandungan vitamin Knya yang dapat mengurangkan kehilangan kalsium, di samping membantu tubuh badan menyerapnya dengan lebih berkesan.
TOMATO
Tomato, yang dikenali dengan nama sainsnya Lycopersicon esculentum, juga merupakan sejenis sayuran yang digemari ramai. Ia lazat dimakan mentah atau dimasak dalam pelbagai jenis hidangan. Tomato yang juga berasal dari keluarga Solanaceae, kaya dengan zat galian, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan. Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet muda yang penting. Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pigmen merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai lycopene yang boleh mengurangkan risiko dikalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat. Kajian itu juga menyatakan bahawa dengan memakan 10 biji seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit itu sehingga 45 peratus.
BENDI
Bendi juga merupakan sayur tempatan yang banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas dan lembab. Berdasarkan kajian tempatan yang dilakukan, bendi mengandungi sebanyak dua peratus protein, tujuh peratus karbohidrat dan satu peratus serat. Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium. Lantaran itu ia merupakan sayur yang elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, berkesan untuk merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.
BAWANG PUTIH
Bawang putih telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah. Kolesterol inilah yang menjadi punca penyakit darah tinggi. Bawang putih atau Allium sativum nama sainsnya juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun di tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh manusia. Di Korea contohnya, peratus pengidap darah tinggi begitu rendah sekali dan ini dikaitkan dengan amalan menjadikan bawang putih sebagai ulam setiap kali mereka makan.
BAYAM
Bayam sejenis sayuran yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink. Tumbuhan ini yang dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya, berdaun hijau yang lembut dan berbentuk bulat atau bujur. Seperti sayuran lain, bayam bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah yang ada kaitan dengan anemia. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengan segelas air kemudian diminum dua kali sehari.
KUCAI
Kucai sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang berasal dari keluarga lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan sama ada sebagai sayur atau ulam. Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, khususnya untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Kucai juga bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan dan pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Caranya sama ada dimakan sebagai sayur atau daunnya ditumbuk hingga lumat dan dikacau dengan air panas lalu diminum. Cara ini amat berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.
TERONG PIPIT
Terong pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya adalah Antilles. Biasanya dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Daripada kajian, terong pipit mengandungi dua peratus protein, 0.1 peratus lemak, 7.9 peratus karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin B1. Menariknya, terong pipit juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84 peratus. Steroid amat penting dalam perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Selain buahnya yang mengandungi banyak khasiat, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak pada kulit kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat berkesan untuk meredakan sakit perut.
CEKUR
Cekur adalah daripada keluarga herba yang berasal daripada spesies Kaemferia galanga. Ia mengeluarkan enam hingga 12 helai daun yang tumbuh secara berkelompok dan berbau harum. Tumbuhan ini juga berbunga putih dan ungu muda. Daunnya enak dimakan sebagai ulam yang menyegarkan. Ia juga kerap digunakan sebagai sayur atau sebagai ramuan dalam masakan kari di rantau Asia Tenggara. Di Thailand, akar cekur dicampur dengan wiski untuk mengubat sakit kepala. Di Indonesia, cekur digunakan sebagai penawar untuk kes keracunan makanan, tetanus atau terkancing gigi, ulser mulut, barah, batuk dan selesema.
DAUN PASLI
Pasli, tumbuhan keluarga Umbelliferae lebih dikenali sebagai sayuran. Batangnya lembut serta memiliki daun yang kerinting, kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan. Selain itu, pasli juga dikenal pasti dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.
PUDINA
Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae. Ia tergolong dalam spesies mentha. Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu. Terdapat berbagai-bagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya Mentha spicata " moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot, Mentha xsmithiana "rubra" yang digunakan dalam manisan dan minuman, Mentha aquatica untuk merawat cirit birit, Mentha arvensis, sejenis pudina Jepun yang boleh melegakan selesema dan menghilangkan rasa loya dan Mentha x piperita "crispa" yang boleh menjauhkan tikus.
Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan manakala minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi.
PERIA
Peria atau nama saintifiknya Momordica churantia, sayur hijau seakan timun, merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden dewasa ini. Berasal dari Selatan China, peria digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asma dan haid yang terlewat selain untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang. Kini penggunaan peria semakin meluas. Di Asia tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia, HIV dan AIDS.
Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan menjalar yang agak pahit rasanya itu boleh membantu menghentikan, dan ada kalanya membalikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk menguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya tahap HIV dan AIDS. Dalam beberapa kajian yang dijalankan terhadap individu yang mana kiraan CD4 telah menurun ke paras yang berbahaya dan kritikal, didapati kiraan sel CD4 mereka meningkat semula setelah mengamalkan pengambilan peria dalam diet harian mereka untuk jangka masa tertentu. Menurut kajian tersebut, jika jumlah kiraan sel CD4 ini agak pada peringkat awal pengubatan (mengamalkan memekan peria), tahap peningkatan sel imun yang baru adalah lebih memberangsangkan.
Bagaimanapun terdapat juga laporan mengatakan bahawa dalam beberapa kes tertentu, pengubatan cara baru ini juga telah berjaya meningkatkan tahap CD4 terhadap individu yang mana kiraan sel tersebut telah menurun hingga ke paras sifar. Selain dapat meningkatkan sel imun tubuh, peria juga didapati berguna untuk merawat, ataupun mampu mengurangkan, penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan "opportunistic infections", misalnya herpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit, yang menyerang lantaran lemahnya sistem imunisasi tubuh.
Sehingga kini kajian saintifik sepenuhnya atas keberkesanan peria belum dapat dilakukan, kerana faktor kos uji kaji yang terlalu tinggi. Namun ujian secara kecil-kecilan di makmal amat memberangsangkan. Sekumpulan pakar penyeledik di Amerika Syarikat telah berjaya mengasingkan sejenis protein yang terdapat didalam peria iaitu MAP-30. Ia dikatakan mengandungi sifat-sifat anti-kanser sepertimana yang terdapat pada tikus. Selain daripada itu MAP-30 juga mengawal merebaknya penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke satu sel yang lain. Protein-protein lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga didapati boleh membantu mengurangkan keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Para saintis dari Itali pula telah mengesahkan bahawa protein daripada peria ini mempunyai sifat-sifat anti-virus.

Ceri


Tahukah anda bahawa buah ceri mengandungi ‘anthocyanin’ iaitu pigmen wama merah yang baik untuk kesihatan? la memiliki efek yang lebih bagus dibandingkan dengan aspirin sebagai ubat pencegah rasa sakit. Walau bagaimanapun, ceri tidak boleh diolah dengan suhu yang terialu panas kerana ia boleh menghilangkan kandungan ‘anthocyanin’ di dalamnya. Ceri kaya dengan antioksida. la membantu mencegah atau memperbaiki kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Ceri kaya dengan flavonoid’. Penyelidik mendapati ‘flavonoid’ dalam ceri adalahagen antikanser yang pating tuten. Ceri mengandungi ‘anthocyanin’ dan ‘bioflavonoid’ yang membantu melegakan dan menghalang ‘artritis’ dan gout, la juga membantu menyingkirkan migrain. Ceri mengandungi ‘melatonin’. la membantu kita memperotehi tidur yang berkualiti.Bual-Buahan Kering Buah-buahan kering sememangnya menjadi altematif kepada buah-buahan segar. la bukan hanya tidak mengandungi kesan sampingan malah berkhasiat dan memberikan tenaga kepada tubuh. Selain itu, ia juga kaya dengan sumber mineral, vitamin dan enzim. Malahan, mudah dihadam dan membersihkan darah dan kawasan penghadaman. Antara kandungan lain yang terkandung di dalamnya termasuklah vitamin A, B1, B2, B3, B6, asid ‘Pantothenic’, kalsium, zat besi, ‘magnesium, ‘fosforus’, ‘potassium’, ’sodium’, ‘copper1 dan ‘manganese’.Yogurt Ceri Yogurt merupakan makanan kesihatan untuk perut. Yogurt merupakan makanan kesihatan untuk perut. Yogurt yang mempunyai bakteria baik (probiotic) yang akan menyihatkan kesihatanusus. Pengambilan yogurt termasuklah dari pelbagai perasa seperti ceri, anggur, mangga dan sebagainya secara kerap mampu meningkatkan kandungan bakteria baik ini dan ia boieh mengatasi jumlah bakteria jahat. Dengan ini ia akan memastikan toksin hasil bakteria jahat dikawal dan dikurangkan. Pemakanan yogurt juga dapat membantu proses penghadaman dan proses membuang ketuian. Perut yang sihat akan meningkatkan tahap kesihatan dan sistern pertahanan badan.Terdapat juga kajian yang mendapati pengambilan yogurt oleh wanita sebanyak dua bekas kecil atau 250gm setiap hari membantu mengekalkan flora faraj wanita. Keputihan dan bau yang kurang menyenangkan juga dapat dihindarkan.

Halia


Halia, nama botaninya ialah Zingiber officinale Ross. Dalam bahasa Sanskrit disebut singebera; orang Yunani (Greek) menyebutnya zingiberi; bahasa Latin zingiber. Dan, dalam bahasa Arab dikenali sebagai zanjabil. Tumbuhan ini di gunakan sebagai rempah, bahan perisa, makanan dan ubatan. Halia biasanya digunakan semasa kering ataupun serbuk untuk menjadi bahan perisa bagi roti, sos, pemanis makanan, hidangan kari dan juga sebagai jus halia. Walaubagaimana pun halia segar yang berwarna hijau di gunakan sebagai bahan masakan.
Terdapat Ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa minuman yang dicampurkan dengan halia dan diberikan kepada kita di dalam syurga.
Firman Allah Dalam Al Quran (Surat Al Insan ayat 17(Q:76:17)
Maksudnya:
"Dan
mereka dalam syurga itu ,diberi minum sejenis minuman yang dicampurkanya dari zanjabil (halia)
Hal ini membuktikan bahawa halia mempunyai khasiat kepada manusia sama ada sebagai sumber makanan, minuman mahu pun perubatan. Bagi masyarakat Jepun, hirisan halia di makan di antara hidangan makanan.
Rizom halia mengandungi 0.8 hingga 3.3 peratus pati minyak dan lebih kurang 3 peratus oleoresin. Kuantiti ini bergantung kepada klon dan juga umur semasa dituai. Selain daripada itu, terdapat juga zat-zat makanan lain seperti vitamin A, B dan C; lemak; protein; asid organik; oleoresin minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.
Halia di gunakan sebagai ubatan bagi merawat menyembuhkan:
Kembung perut serta sakit perut
Membantu kepada penghadaman makanan
Mengeluarkan angin dalam usus dan dapat menghilangkan bau mulut. Namun begitu jika di campurkan dengan sedikit gula dan air panas
Jus halia dapat menghilangkan lendir dan kahak.
Kurang nafsu makan
Buang angin dalam badan
Pening /Loya, Muntah
Batuk
Memanaskan badan
Taun
Cirit-birit
Penawar racun

Kurma


KURMA (Phoenix dactylifera L)
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Firman Allah:
Maksud: "Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini , sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)"
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
Kandungan Kurma Kering:
Gula :Lebih 50%
Protein :Lebih 2 %
Lemak :Lebih 2 %
Sumber Mineral :Lebih 2%
Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.
KURMA BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG Dipercayai kurma berasal dari kawasan Teluk Parsi atau Mesopotamia. Namun kini kurma telah dikelaskan sebagai salah satu tanaman standard dalam pertanian dunia dan telah banyak ditanam di Arab Saudi, Mesir, Iran, Iraq, Sepanyol. Terdapat lebih daripada 600 jenis kultivar kurma. Setiap negara mempunyai kurma pilihan masing-masing. Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyukai Khalas, namun jenis Zaghloul, Khuneizi, Hilali, Howaiz, Naghal dan Jaberi Fardh mempunyai pengikut masing-masing. Buah ini mempunyai pelbagai warna, rasa, kemanisan, keasidan dan tekstur. Jenis popular yang diimport, selalunya dari Maghribi adalah Majool. Iraq menggemari jenis seperti Amir Hajj dan Ashrashi, Mesir pula menyukai Saidy dan Hayany. Manakala Algeria pula amat gemar dengan jenis Deglet Noor dan Thoory. Negara Oman pula menggemari Ruzeiz, Bukeria, Nebut, Seif dan Barhi. Nilai pemakanan Kurma mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini membekalkan gula asli di dalam bentuk glukosa dan fruktosa. Gula ini yang lebih baik daripada gula tebu. Kurma kering umumnya mengandungi 60% zat gula, 2.5% zat minyak dan 33% garam. Kurma juga mengandungi protein dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, termasuk zat besi, kapur, fosforus, belerang, kalium, magnesium, kalsium, mangaan dan tembaga. Kurma juga merupakan jenis makanan berserat tinggi. Kurma ini selalunya dimakan dalam bentuk mentah atau bersama susu. Di Sahara, orang kaya memakan buah ini bersama mentega dengan cara membuang biji dan sapukan bahagian dalam dengan mentega. Ini adalah cara saintifik untuk mengeluarkan lemak. Selain itu, kurma juga dimakan dalam pelbagai cara. Biji kurma dipanggang dan ditumbuk menjadi serbuk kopi yang dipanggil kopi kurma. Kurma juga boleh dijadikan jus. Kegunaan dan kebaikan kurma amat bernilai sebagai ubat berikutan kesan tonik yang terdapat di dalamnya. Mudah dihadamkan, kurma amat penting untuk memberi tenaga dan membaiki bahan buang. Susu yang diperoleh dari kurma yang direbus adalah sungguh berkhasiat dan menjadi minuman pada kanak-kanak dan orang dewasa, terutamanya ketika proses pemulihan sakit. Kurma adalah makanan pencuci perut (julat). Ia berkhasiat tinggi dalam rawatan sembelit di mana bahan-bahan kasar yang diperoleh daripadanya merangsang pergerakan usus yang perlahan. Buah ini hendaklah direndamkan di dalam air pada waktu malam dan dimakan selepas dijadikan sirap pada keesokan harinya. Ini bagi memastikan keberkesanan kesan julap yang terdapat di dalamnya. Kurma juga adalah ramuan terbaik bagi jantung yang lemah. Buah yang telah direndam di dalam air semalaman dan dihancurkan di dalam air yang sama pada waktu pagi selepas dibuang biji, hendaklah diambil sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ramuan ini dikatakan mampu menguatkan jantung. Kurma juga mempunyai kebaikan yang tinggi dalam rawatan kelemahan seks. Menurut Dr. Aman, di dalam buku Medicinal Secret of Your Food, segenggam kurma yang telah direndam di dalam susu kambing segar semalaman haruslah dikisar di dalam susu itu pada keesokan harinya. Secubit serbuk buah pelaga dan madu harus ditambah di dalam sediaan ini. Dikatakan ramuan ini mampu menjadi tonik yang dapat meningkatkan stamina seks dan kemandulan berkaitan dengan penyakit kurang berfungsi. Menurut Dr. Aman lagi, sebiji kurma yang diikat di pergelangan tangan bayi dan membiarkan buah tersebut dihisap olehnya ketika waktu tumbuh gigi juga dalam mengeraskan gusi dan menghalang sebarang masalah seperti kegelisahan dan cirit birit dan disenteri semasa tumbuh gigi. Ramuan ini harus diberi tiga kali sehari. Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Friday, August 7, 2009

Kelebihan Susu Kambing


Susu Kambing
Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila) - Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam
Khasiat Susu Kambing
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain: - Penyakit deman kuning- Penyakit lemah jantung- Penyakit darah tinggi- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang- Penyakit batuk kering atau TB- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja
Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu
Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh- Bersifat alkali bukan asidik- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua - Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan - Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah - Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout - Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf- Memulihkan tenaga batin dan awet muda.
Susu kambing mengandungi ANTIBODI SEMULAJADI yang boleh digunakan untuk membantu merawat pelbagai jenis penyakit :-
Gastrik
Senggugut
Hepatitis A
Migraine
Lelah (Asthma)
Ulcer Perut
Masalah Darah Tinggi
Buah Pinggang
Pucat (Anaemia)
Masalah penyakit kulit
Lemah Tulang(Osteoprosis)
Sakit Kuning (Jaundice)
Insomnia (Tidak boleh tidur)
Eczema (Sejenis Penyakit Kulit)
Pemulihan Selepas pembedahan.
Ibu mengandung /Menyusu Anak
Alah Kepada susu Lembu (Allergic To cows milk).
Pembesaran kanak-kanak / kesederaan Mental.
Perawatan kulit (kelembapan dan perlindungan ultraviolet)
Menambahkan selera makan bagi kanak-kanak.
Memulihkan tenaga batin.
Sakit lemah jantung di peringkat awal.
Membantu dalam pembinaan darah dan tisu.
Penyakit batuk kering.
Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati
Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
Penyakit sendi sendi dan buah pinggang
.
VITAMIN A (Retinol)
Kekuatan gigi, tulang , tisu lembut, salutan mucus.
Memelihara kulit.
Penglihatan yang jelas & normal.
Untuk kesuburan kelahiran.
Untuk menolong ibu susuan.
Vitamin A mengatur sistem kekebalan (immune system) mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
KEKURANGAN VITAMIN A (Retinol)
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah - Osteoporosis
Vitamin D
Vitamin D menolong untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah otot dari menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, dan ia meningkatkan sistem imuniti.
Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot). Osteomalacia pada orang dewasa – tulang menjadi lembut yang menyebabkan sakit terutama pada kaki pinggang, leher dan tulang dada mudah patah tulang kejang otot pada tangan kaki dan tekak.
Riboflavin
Riboflavin perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract. Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur dan menghindar dari keguguran rambut. Pengambilan riboflavin sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda.
Kekurangan Riboflavin menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).
Gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran, dan lembap dalam tindakbalas mental
Choline
Choline mengawal berat badan dan level cholesterol . Ia menyihatkan salutan sel dan menghindar dari penyakit batu karang. Ia juga memelihara sistem saraf, daya peringatan dan daya belajar. Ia juga memperkuatkan daya pertahanan untuk melawan hepatitis dan AIDS.
Kekurangan Choline akan membawa penyakit kepada hati (liver) dan menaikan tahap kolesterol, menaikan tekanan darah dan membawa kepada penyakit ginjal.
Daya peringatan dan fungsi otak kita akan terjejas
Inositol: Inositol memberi kesihatan kepada rambut, pertumbuhan rambut dan mengawal tahap estrogen dan menghindar dari bengkak buah dada.
Kekurangan Inositol akan mengakibatkan penyakit eczema (penyakit kulit – gatal, berkudis) keguguran rambut, sembelit, penyakit mata dan menaikkan tahap kolesterol.
Vitamin B1: Ia adalah amat berkhasiat untuk otak dan boleh melegakan tekanan jiwa dan mempertingkatkan daya ingatan dan daya belajar. Untuk kanak kanak ia adalah perlu untuk tumbesaran. Ia juga melegakan sakit arthritis (penyakit sengal sengal – lenguh sendi), mata dan kemandulan
Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit
Gangguan mental atau emosi.

Wednesday, June 24, 2009

Kod E Lemak Babi

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

  1. E100 E110 E120 E140 E141 E153 E160 E161
  2. E210 E213 E214 E216 E 234 E252 E270 E280
  3. E300 E301 E325 E326 E327 E334 E335 E336 E337
  4. E422 E430 E431 E432 E433 E434 E435 E436
  5. E440 E441
  6. E470 E471 E472 E473 E474 E475 E476 E477 E478
  7. E481 E482 E483
  8. E491 E492 E493 E494 E495
  9. E542 E570 E572
  10. E631 E635
  11. E904 E920

Friday, May 29, 2009

Makan

Tuesday, May 26, 2009

Bersama MB Kelantan


Bersama Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat

Friday, May 22, 2009

Ball Clock

Thursday, May 21, 2009

Aksi Remaja 160509


Remaja sedang beraksi di pondok. Lihat baik2 mana satu yang betul2 sedang beraksi dan control macho....

Sedang beraksi di meja makan semasa breakfast di Shah Beach Resort, Melaka. Yang mana satu kuat makan pada kali ini.....

Mintak 2 roti!!!! Ada orang suka roti bakar tapi ada orang tak makan roti..... saper agaknya??

Baju oren sedang control macho manakala sibaju biru belang asyik minum saja. Ingat...dah 2 gelas tu.....

Apa yang dua tu????

Saper lebih cantik???

Pasukan Harimau Mudo sedang bergembira menerima hadiah kemenangan. Yang baju oren berlebih2 pulak... kemenangan di beli


Semasa di kedai makan Asam Pedas Malim, Melaka pada 17.05.09. Pedas ker atau nak tunjuk lawanya spek abang tu......

Mak dan Anak


Gaya mak dan anak waktu malam di buaian Shah Beach Resort, Melaka

Gaya anak dan mak sebelum anak ke Australia...Cuaca cerah mungkin tak hujan.

Tengok tu, mak nak bukak makanan lagi......

Mak dengar baik2, bila kakak balik....

Cucu Dan Nenek


Acara menolak kerusi roda. Ramainya pengadil melihat persembahan....

Semasa nak masuk ke kapal di Taman Rempah, Melaka untuk lawatan menyusuri Sg Melaka meluhat keindahan kerlipan lampu di waktu malam dan keindahan bandaraya di sepanjang Sg Melaka. Cucu nenek sedang berusaha membawa neneknya masuk ke kapal untuk menyusuri Sg Melaka. Nenek dapat layanan istimewa kerana menaiki kapal tersebut adalah percuma (free). Orang dewasa di kenakan bayaran RM10 dan kanak2 RM5 untuk menyusuri Sg Melaka selama kira2 45 minit....

Sibaju merah bergaya ajer memegang kerusi neneknya semasa berehat di Shah Beach Resort di Klebang, Tg Keling, Melaka pada 16hb Mei 2009.

Nenek sedang beraksi.Mana seronok nenek? Di Malaka ke atau Port Dickson?

Nenek megambil angin malam di penginapan Shah Beach Resort, Melaka bersama keluarga.