Buah Tarap popular di Negeri Sabah. Bentuk buah ini macam buah cempedak tetapi ia berbentuk bulat. Bila sudah masak, baunya kurang menyenangkan dan kulitnya terlalu lembut. Kanak2 pun boleh buka buah ini kerana durinya tak tajam dan terlalu lembut. Rasa isinya seakan akan cempedak tapi tidak manis sangat. Kalau orang yang belum biasa makan, mungkin tak selera nak makan kerana baunya yang kurang menyenangkan bila sampai ke mulut. Bila dah makan, terasa sedapnya dan bila dah makan tak cukup sebiji...
Buah ini juga pernah di beritahu oleh orang Sabah sendiri, boleh di goreng macam goreng cempedak.
No comments:
Post a Comment