Pages

Friday, September 11, 2009

Halia


Halia, nama botaninya ialah Zingiber officinale Ross. Dalam bahasa Sanskrit disebut singebera; orang Yunani (Greek) menyebutnya zingiberi; bahasa Latin zingiber. Dan, dalam bahasa Arab dikenali sebagai zanjabil. Tumbuhan ini di gunakan sebagai rempah, bahan perisa, makanan dan ubatan. Halia biasanya digunakan semasa kering ataupun serbuk untuk menjadi bahan perisa bagi roti, sos, pemanis makanan, hidangan kari dan juga sebagai jus halia. Walaubagaimana pun halia segar yang berwarna hijau di gunakan sebagai bahan masakan.
Terdapat Ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa minuman yang dicampurkan dengan halia dan diberikan kepada kita di dalam syurga.
Firman Allah Dalam Al Quran (Surat Al Insan ayat 17(Q:76:17)
Maksudnya:
"Dan
mereka dalam syurga itu ,diberi minum sejenis minuman yang dicampurkanya dari zanjabil (halia)
Hal ini membuktikan bahawa halia mempunyai khasiat kepada manusia sama ada sebagai sumber makanan, minuman mahu pun perubatan. Bagi masyarakat Jepun, hirisan halia di makan di antara hidangan makanan.
Rizom halia mengandungi 0.8 hingga 3.3 peratus pati minyak dan lebih kurang 3 peratus oleoresin. Kuantiti ini bergantung kepada klon dan juga umur semasa dituai. Selain daripada itu, terdapat juga zat-zat makanan lain seperti vitamin A, B dan C; lemak; protein; asid organik; oleoresin minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.
Halia di gunakan sebagai ubatan bagi merawat menyembuhkan:
Kembung perut serta sakit perut
Membantu kepada penghadaman makanan
Mengeluarkan angin dalam usus dan dapat menghilangkan bau mulut. Namun begitu jika di campurkan dengan sedikit gula dan air panas
Jus halia dapat menghilangkan lendir dan kahak.
Kurang nafsu makan
Buang angin dalam badan
Pening /Loya, Muntah
Batuk
Memanaskan badan
Taun
Cirit-birit
Penawar racun

No comments:

Post a Comment