KURMA (Phoenix dactylifera L)
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Firman Allah:
Maksud: "Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini , sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)"
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
Kandungan Kurma Kering:
Gula :Lebih 50%
Protein :Lebih 2 %
Lemak :Lebih 2 %
Sumber Mineral :Lebih 2%
Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.
KURMA BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG Dipercayai kurma berasal dari kawasan Teluk Parsi atau Mesopotamia. Namun kini kurma telah dikelaskan sebagai salah satu tanaman standard dalam pertanian dunia dan telah banyak ditanam di Arab Saudi, Mesir, Iran, Iraq, Sepanyol. Terdapat lebih daripada 600 jenis kultivar kurma. Setiap negara mempunyai kurma pilihan masing-masing. Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyukai Khalas, namun jenis Zaghloul, Khuneizi, Hilali, Howaiz, Naghal dan Jaberi Fardh mempunyai pengikut masing-masing. Buah ini mempunyai pelbagai warna, rasa, kemanisan, keasidan dan tekstur. Jenis popular yang diimport, selalunya dari Maghribi adalah Majool. Iraq menggemari jenis seperti Amir Hajj dan Ashrashi, Mesir pula menyukai Saidy dan Hayany. Manakala Algeria pula amat gemar dengan jenis Deglet Noor dan Thoory. Negara Oman pula menggemari Ruzeiz, Bukeria, Nebut, Seif dan Barhi. Nilai pemakanan Kurma mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini membekalkan gula asli di dalam bentuk glukosa dan fruktosa. Gula ini yang lebih baik daripada gula tebu. Kurma kering umumnya mengandungi 60% zat gula, 2.5% zat minyak dan 33% garam. Kurma juga mengandungi protein dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, termasuk zat besi, kapur, fosforus, belerang, kalium, magnesium, kalsium, mangaan dan tembaga. Kurma juga merupakan jenis makanan berserat tinggi. Kurma ini selalunya dimakan dalam bentuk mentah atau bersama susu. Di Sahara, orang kaya memakan buah ini bersama mentega dengan cara membuang biji dan sapukan bahagian dalam dengan mentega. Ini adalah cara saintifik untuk mengeluarkan lemak. Selain itu, kurma juga dimakan dalam pelbagai cara. Biji kurma dipanggang dan ditumbuk menjadi serbuk kopi yang dipanggil kopi kurma. Kurma juga boleh dijadikan jus. Kegunaan dan kebaikan kurma amat bernilai sebagai ubat berikutan kesan tonik yang terdapat di dalamnya. Mudah dihadamkan, kurma amat penting untuk memberi tenaga dan membaiki bahan buang. Susu yang diperoleh dari kurma yang direbus adalah sungguh berkhasiat dan menjadi minuman pada kanak-kanak dan orang dewasa, terutamanya ketika proses pemulihan sakit. Kurma adalah makanan pencuci perut (julat). Ia berkhasiat tinggi dalam rawatan sembelit di mana bahan-bahan kasar yang diperoleh daripadanya merangsang pergerakan usus yang perlahan. Buah ini hendaklah direndamkan di dalam air pada waktu malam dan dimakan selepas dijadikan sirap pada keesokan harinya. Ini bagi memastikan keberkesanan kesan julap yang terdapat di dalamnya. Kurma juga adalah ramuan terbaik bagi jantung yang lemah. Buah yang telah direndam di dalam air semalaman dan dihancurkan di dalam air yang sama pada waktu pagi selepas dibuang biji, hendaklah diambil sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ramuan ini dikatakan mampu menguatkan jantung. Kurma juga mempunyai kebaikan yang tinggi dalam rawatan kelemahan seks. Menurut Dr. Aman, di dalam buku Medicinal Secret of Your Food, segenggam kurma yang telah direndam di dalam susu kambing segar semalaman haruslah dikisar di dalam susu itu pada keesokan harinya. Secubit serbuk buah pelaga dan madu harus ditambah di dalam sediaan ini. Dikatakan ramuan ini mampu menjadi tonik yang dapat meningkatkan stamina seks dan kemandulan berkaitan dengan penyakit kurang berfungsi. Menurut Dr. Aman lagi, sebiji kurma yang diikat di pergelangan tangan bayi dan membiarkan buah tersebut dihisap olehnya ketika waktu tumbuh gigi juga dalam mengeraskan gusi dan menghalang sebarang masalah seperti kegelisahan dan cirit birit dan disenteri semasa tumbuh gigi. Ramuan ini harus diberi tiga kali sehari. Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.

No comments:
Post a Comment