Pages

Thursday, May 21, 2009

Cendol Leman Dawi


Leman Dawi pernah muncul dalam rancangan Majalah 3 dan di siarkan pada bulan April 2009 kerana keistimewaannya menjual cendol secara sekali bayar dan boleh tambah secara percuma.

Pemandangan dari luar Gerai cendol Leman Dawi. Gerai ini terletak di laluan Seremban ke Tampin dan berhampiran dengan Sg Gadut kira kira 10 km dari Bandar Seremban.

Jika anda melalui Lebuhraya Utara Selatan, anda hendaklah keluar di tol Senawang dan menghala ke Tampin. Jaraknya kira2 3km dari Tol Senawang untuk sampai ke gerai tersebut dan terletak kiri jalan dari Senawang.

Keenakan nya sampai terdiam masa menghirup cendol Leman Dawi.

Tiga jenis cendol yang disediakan:
1 Cendol Biasa RM 1
2. Cendol Jagong RM2
3. Cendol Kacang RM1.50
* Tambahan cendol santan, air batu dan air gula percuma diatas meja.

No comments:

Post a Comment