Pages

Friday, February 5, 2010

Khasiat Herba

GANODERMA:

Sejak beribu tahun dahulu, masyarakat Cina purba memberi penghormatan tertinggi terhadap Ganoderma dan menggelarkan sebagai: “Raja Herba Yang Ajaib". Ganoderma bukan sahaja berupaya membaiki kesihatan badan malah mampu menyembuhkan penyakit dan mengekalkan tubuh yang sihat.Masyarakat Cina purba mengganggap Ganoderma sebagai:“Ubat yang boleh menjadikan tubuh badan menjadi muda dan memanjangkan umur jika diamalkan berterusan”

KHASIAT GANODERMA:

Ganoderma bertindak sebagai penghilang racun, pemulih tekanan darah, penahan sakit, ubat penentang ketumbuhan, tonik sejuk, bertindak menyembuhkan penyakit, menguatkan sistem imun, anti tumor, mencegah organ dalaman menjadi lemah dan menguatkan tisu selain menambah oksigen dalam darah dan membuang sel sel yang mati serta toksid, bertujuan menghalang rekatan platelet yang menyebabkan sumbatan salur darah, melancarkan salur darah yang sempit dengan lemak, mengurangkan paras kolesterol, menguatkan lapisan luar kelenjar adrenal untuk mengekalkan kesaimbangan endokrin, mengawal metabolisma dan bertenaga serta mengekalkan pH darah, menguatkan sistem penghadaman dan menghalang antigen yang menyebabkan alahan (allegik), mengurangkan paras kolesterol dan menstabilkan lemak serta mengaktifkan sel sel badan, mengawet tisu badan agar kelihatan muda, masalah penyakit kulit, mencantik dan menghaluskan kulit. Ia juga berkesan untuk untuk kegunaan luar seperti luka, ulser mulut dan menghentikan pendarahan, menyingkirkan asid urik, asid lactic, kolesterol dan lemak yang berlebihan, sel tisu yang mati, sisa kimia yang tersimpan dalam badan. Toksid dibuang melalui sistem pembuangan seperti sistem perpeluhan, bisul, ruam, kahak, pembuangan air kecil dan air besar. Jangkamasa yang diambil untuk proses ini adalah antara seminggu ke 30 minggu. Ganoderma baik untuk pesakit yang terlebih makan atau termakan makanan beracun. Sakit gastrik, ulser dan ulser perut dapat di sembuhkan. Ganoderma dapat menstabilkan bentuk dan berat badan kepada bentuk yang normal, tak perlulah berlapar atau mengambil ubat untuk menguruskan badan.

GUARANA:
Guarana dianggap herba yang mempunyai nilai khasiat yang sangat tinggi dan mudah di serap oleh badan. Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Guarana sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina dan peringkat umur.
KHASIAT GUARANA :
Menambahkan tenaga dan sistem ketahanan badan yang lemah, meningkatkan ketahanan mental dan fizikal yang lemah, memudahkan kesukaran bernafas, meningkatkan fungsi seks yang tidak sempurna, mencegah demam, jangkitan penyakit, melegakan keresahan, tekanan, mencegah cirit-birit, melambatkan kesan penuaan, mencegah dari pencemaran dan pembekuan darah, kegemukan, sakit perut kerana makanan tidak hadam, arteriosklerosis, mengurangkan keinginan merokok dan mengurangkan kesakitan kedatangan haid.
GINSENG:
Glikosida pada akar ginseng dikenal sebagai ginsenosida .Akar ginseng juga mengandungi 16 jenis ginsenosida seperti minyak asiri , panasena, resih, musilago, asam panax, fitosterol, hormon, vitamin B, kabohidrat, selulosa dan terpenidol glycisides. Ginseng terkenal sebagai “ubat segala penyakit” kerana peranan yang dimainkan oleh ginsenosida
KHASIAT GINSENG:
Menguatkan tubuh dan menyimpan energi, menguatkan fungsi jantung, menghilangkan stress, penawar racun, meningkatkan ketahanan melawan penyakit, menyembuhkan diabetes, menguatkan fungsi limpa, mencegah penyakit melalui organ pernafasan, merangsang pembentukan darah, memperbaiki sistem sirkulasi, menggiatkan sistem pencernaan, merawat kanser, menambahkan keharmonian rumahtangga, melambatkan proses penuaan, mencegah diabetes, mengurangkan stress(tekanan), menguatkan tenaga, menambah kecergasan dan daya ketahanan badan dan menguatkan sistem keimunan.
GINKGO BILOBA:
Ginkgo Biloba mampu meningkatkan aliran darah ke sistem saraf otak dan melindungi sel sel saraf untuk meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Ginkgo mampu untuk merawat penyakit asma di samping kandungan anti-oksidannya yang sangat tinggi.
KHASIAT GINKGO BILOBA:
Meningkatkan stamina tubuh, mengurangkan Insomnia, merawat keletihan, menambah selera makan, melegakan sakit kepala dan/atau pening, menambah daya penglihatan, menambah daya ingat, mencegah selsema, mengurangkan gangguan pernafasan, menstabilkan degupan jantung tidak teratur, mencegah berpeluh/Keringat dingin pada