Pages

Tuesday, December 23, 2008

Pesta Benak Di Sarawak


PESTA BENAK
Perkataan BENAK selalunya merujuk kepada seseorang yang bengap atau sangap. Tetapi, di Sarawak, benak membawa maksud yang lebih bermakna terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan Sri Aman dan sekitarnya. Di sini, ‘benak’ merujuk kepada fenomena ‘ombak sungai’ (tidal bore) di mana air pasang dari laut ‘pecah’ apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai dan berlaku 2 kali sehari. Malah, kerana popular, Pesta Benak telah dikomersialkan dan diraikan pada tiap tiap tahun di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman.
Hanya ada DUA tempat sahaja di dunia ini dimana terjadinya benak dan Bandar Sri Aman adalah salah satu daripadanya. Bandar Sri Aman terletak kira kira 2-3 jam perjalanan dari bandar Kuching, Sarawak dan terletak di laluan ke Sibu, Bintulu dan Miri. Ianya sebuah pekan yang agak kecil dan sunyi, tetapi menjadi meriah apabila berlangsungnya Pesta Benak. Tiada pasaraya besar kecuali Supermarket Everise yang terkenal di Sarawak. Terdapat kedai makanan segera saperti KFC dan Sugar Bun pada tahun 2003. Ia lebih kecil dari Bandar Kajang, Selangor. Kebanyakan kedai termasuk stesen minyak tutup pada pukul 7.30 malam.Di Sri Aman juga terdapat sebuah kubu yang dibuat tanpa menggunakan sebatang pakupun iaitu Kubu Alice. Penduduk Muslim di sini agak ramai, dan begitu juga dengan penduduk Cina. Walau bagaimanapun, bahasa Iban merupakan bahasa utama di sini dan dipertuturkan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sendiri.
Pesta Benak disambut pada waktu dimana ombak benak berada pada paras tertinggi, iaitu pada tahun tersebut. Sambutan Pesta Benak 2006 disambut pada bulan Ogos dengan ombak benak mencapai ketinggian 6 meter!
Selain daripada Pesta Benak, Sungai Batang Lupar juga dikenali kerana di sinilah berlakunya serangan buaya ke atas penduduk tempatan. Disinilah juga tempatnya buaya Bujang Senang mengganas dan membunuh banyak nyawa pada tahun 90-an. Antara mangsa Bujang Senang ialah kanak kanak yang mana pencarian mayat mereka berakhir dengan penemuan menyayat hati. Bujang Senang mempunyai kebolehan licik melarikan diri daripada pawang dan penangkap buaya profesional sehingga pada suatu ketika ia dianggap sebagai binatang jelmaan.
Kunjungan RajaCafe semasa "Pesta Benak" di Sri Aman, Sarawak pada Mei 2003. Semasa Pesta Benak berlangsung, berbagai sukanika diadakan sementara menunggu benak berlaku. Semasa benak berlaku, pengumuman di buat dan acara sukanika berhenti seketika. Semua perhatian tertumpu kepada bot di tengah sungai yang mengiringi ombak laut air pasang yang bertemu dengan air sungai yang surut. Kejadian pertembungan air laut pasang bertembung dengan air sungai surut inilah yang menarik perhatian RajaCafe. Kejadian pertembungan (berlaga) air sungai surut yang mengalir ke laut dan bertemu dengan air laut pasang yang merubah keadaan air sungai dimasa itu. Sungguh menakjubkan dan dimaklumkan kejadian seperti ini berlaku hanya dua tempat di dunia!! Salah satu tempatnya berlaku di Malaysia iaitu Sri Aman , Sarawak. Inilah uniknya pesta tersebut!!!

Kubur Di Atas Bukit di Batu Tulug

SEJARAH BATU TULUG:
Lembah Kinabatangan, di tengah negeri Sabah, bukan sahaja terkenal dengan tanaman kelapa sawit, malah turut menyimpan khazanah warisan bernilai iaitu "Keranda Kayu Balak". Dianggarkan terdapat 2,000 keranda kayu balak berusia sehingga 1,000 tahun di sekitar Lembah Kinabatangan, menjadikan kawasan itu antara tapak warisan arkeologi terpenting di negara ini.Keranda yang diperbuat daripada kayu pokok belian dan merbau banyak terdapat di beberapa buah gua, antaranya Agop Batu Tulug di Kampung Batu Putih, Kinabatangan yang telah dijadikan Tapak Arkeologi pada 6 Julai 1996 oleh Jabatan Muzium Sabah.Kini pihak muzium tersebut dengan kerjasama Jabatan Muzium Negara dan Universiti Sains Malaysia (USM) menjalankan kerja-kerja membaik pulih dalam usaha memulihara keranda kayu balak yang terdapat di kawasan itu.
LOKASI KERANDA
"Agop" bermaksud gua mengikut dialek kaum Sungai dan berdasarkan taburan jumlah keranda kayu balak di Sabah, Agop Batu Tulug mempunyai 125 buah keranda tersebut yang dianggarkan berusia antara 700 hingga 900 tahun.Ini diikuti Batu Supu (68), Agop Serupi (40), Tapadong (20), Miasias dan Sipit (10), Kuala Sungai Kalisun (lapan), Pusat Penyelidikan Lembah Danum dan Segarong (lima), Gumantong, Madai, Baturong dan Bodgaya (masing-masing dua), Kuala Danum dan Melanta Tutup (masing-masing satu).Perkuburan keranda kayu balak masih aktif terdapat di Ulu Segama, Lahad Datu.Pengarah Jabatan Muzium Sabah, Datuk Joseph P. Guntavid berkata keranda kayu balak ini juga banyak terdapat di Tawau. Katanya sehingga kini hanya kawasan Agop Batu Tulug di Batu Putih, Kinabatangan dijadikan pusat pelancongan dan diwartakan sebagai muzium warisan. Banyak lagi tapak terdapatnya keranda kayu balak ini masih dalam proses penelitian, membabitkan kerjasama antara Jabatan Muzium Sabah, Jabatan Muzium Negara dan USM."Kami percaya masih ada lagi keranda kayu balak di Lembah Kinabatangan dan kerja-kerja proses penelitian ini akan diteruskan bagi memastikan warisan berharga itu tidak lupus ditelan zaman," jelas beliau.
PENYELIDIKAN, PEMULIHARAAN
"Usaha pemuliharaan penting agar keranda kayu balak ini menjadi warisan kepada generasi akan datang dan khazanah berharga kepada negeri ini".Joseph berkata sedemikian semasa lawatan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim ke Tapak Arkeologi Agop Batu Tulug di Batu Putih, Kinabatangan, baru-baru ini.Ketika ditemui, keranda-keranda itu dalam keadaan berselerak di merata tempat. Ada juga yang masih utuh, sementara yang lain sudah mulai reput, kata beliau.Terdapat keranda terpisah antara badan dan penutupnya. Tidak kurang juga yang masih dalam keadaan tersusun rapi. Kebanyakan keranda kayu balak ini disimpan di gua batu kapur yang banyak terdapat di kawasan Lembah Kinabatangan.Dalam usaha mengenal pasti keranda-keranda yang ditemui, Jabatan Muzium Sabah telah menghantar sampel kayu ke USM untuk dianalisa.
SEJARAH KERANDA KAYU
Katanya keranda-keranda ini terlalu berat kerana dibuat daripada kayu keras seperti kayu belian. Sebagai contoh penutupnya sahaja memerlukan 11 orang untuk mengangkatnya. Ia juga dibuat dalam ukuran yang panjang dan sebuah keranda kayu balak yang berukuran hampir tujuh meter adalah yang terpanjang dijumpai di Batu Supu, Lembah Kinabatangan.Lidah keranda kayu balak ini yang terdapat di hujung keranda akan membezakan mayat yang terdapat di dalamnya, sama ada lelaki atau wanita. Jika lidah keranda itu dibuat dalam bentuk kepala haiwan, ia adalah mayat lelaki, manakala jika lidah itu tidak mempunyai sebarang bentuk, mayat di dalamnya adalah wanita. Ukiran yang banyak terdapat pada keranda-keranda tersebut ialah kepala kerbau ataupun tempadau, buaya, cicak, ular dan burung. Joseph berkata budaya menggunakan keranda kayu ini dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan keranda kayu yang terdapat di negara China dan Vietnam dan pihaknya tidak menolak kemungkinan sejarah penghijrahan pedagang Cina turut membawa kepada sejarah keranda-keranda ini. Beliau menambah berbagai-bagai andaian dibuat, kononnya keranda-keranda lama itu pernah dimiliki oleh pedagang Cina pada kurun ke-10 (Dinasti Sung) yang pernah membuat penempatan di Kinabatangan serta ekspedisi yang diketuai oleh Ong Sum Ping pada kurun ke-14 (Dinasti Ming) yang pernah membuat penempatan di Kinabatangan. Nama Kinabatangan itu pun kononnya adalah sempena nama Cina, "Kina" (Cina). Namun belum ada sebarang bukti arkeologi dapat mengesan penempatan tersebut.
SOKONGAN KERAJAAN
Dalam pada itu, kerja-kerja penyelidikan dan pemuliharaan gua-gua di Sabah termasuk yang mempunyai keranda kayu balak di sekitar Lembah Kinabatangan turut mendapat perhatian dan sokongan daripada kerajaan pusat. Dr Rais, selepas melakukan lawatan di Agop Batu Tulug, berkata satu laporan mengenai penyelidikan dan pemuliharaan gua-gua yang terdapat di Sabah akan dibentangkan kepada Kabinet bagi membantu usaha menjaga warisan berharga itu. Menurut beliau, kementeriannya berharap melalui pembentangan di Kabinet itu nanti akan ada kecenderungan untuk membantu projek-projek penyelidikan dan pemuliharaan warisan.

Taman Burung di Labuan

RajaCafe semasa berkunjung ke Labuan dan bertemu dengan rakan niaga pada Julai 2001.

Di Kapal Laut Semasa Berlabuh

RajaCafe berehat didalam kapal semasa berlabuh di Pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah pada Julai 2007.

Menara Telefon di Luasong

Menara unik ini terletak didalam hutan kawasan pembalakan Kalabakan ke Luasong di Sabah. Dimasa itu liputan kawasan telefon bimbit masih pada tahap rendah di Sabah. Di tempat ini, pelanggan Celcom 019 pada masa itu, perlu menaiki menara tersebut untuk mendapatkan signal telefon selain dari tujuan berteduh. Ketinggian pondok menara ini kira kira 10 meter. Di atas pondok inilah pelanggan Celcom 019 sahaja boleh membuat panggilan. Unik tapi benar. Kenangan manis RajaCafe pada tahun 2003!!

Juara Kinabalu

RajaCafe memerhati senarai nama Juara Pendakian Gunung Kinabalu Peringkat Antarabangsa Tahun 2006. Juara pendaki Gunung Kinabalu bahagian lelaki veteran di menangi peserta dari Malaysia!!

Kundasang, Sabah

RajaCafe bersama rakan niaga di gerai buah buahan di Pekan Kundasang, Ranau. Kunjungan kami ke kedai Puan Jabiah adalah selepas rombongan kami melawat kawasan pelancungan di Kinabalu Park pada 1 Mei 2007.

Kelapa Bakar

Cipta Success membuat rombongan kali ke 2 ke Sabah pada 30 April hingga 3 Mei 2007. Di gambar rombongan sedang menjamu selera makan kepah bakar dan kelapa bakar di Kg. Salut, Sepanggar. Kelapa bakar adalah minuman istimewa kerana kelapa muda yang di panggang seperti lemang dan dihidangkan panas. Menurut kata penjual dan penggemar, minuman tersebut baik untuk kesihatan.

Friday, December 12, 2008

Pesta Kobis Di Kundasang












Saper paling tinggi di Kundasang...


Tempat penginapan....




Bergambar di Yayasan Sabah....
(Sekarang di kenali sebagai Menara Tun Mustapha)

Tamu Kota Belud


Kotak dapat tapi anak anak mano....??

Ha...dah jumpo anak anak yo...kotak tak lopeh!!!apo isi ee tu...??

Dalam Pesawat



Apo tengok tengok? Nak koo...



Dua beranak makan Maggi..


Nak Dua lagi Maggi...."Yunie"

Airport 25032007


Penatlah tu...orang sumer berdiri dio duduk...

Artis ker tu....perasan orang ambik gamba dio.....

Kinabalu Pine Resort



Bersama mak kiter.."Yunie.."



Kawalan ketat....


Ha...Nak posing pun kono panjek tinggi tinggi ko....!!!!


Timpohon Kinabalu



Apo ni Pak Anjang...Kito ambik gambar dio, dio ambik gambar kito pulak...


Posing di Timpohon. Pintu masuk sebelum mendaki Gunung Kinabalu.

Jaga Adik


Ijat pun jaga adik jugak....hehehehe

Akak jaga adik ......

Jambatan Tamparuli


Eeeeeeeeee.....sayu ker sayup?? gayat kot

Sedang bergaya di jambatan Tamparuli di Sabah. 1st timelah....

Airasia

Orang sebolah lentok abih. Mano ayam ni....








Posing dalam kapa terobang....
Baco buku ko tengok gambaa....





Thursday, December 11, 2008

Raja Cafe di Negeri Sembilan

Majlis sukanika acara kanak kanak semasa Hari Keluarga Kumpulan Cipta Success Marketing Di Tg Tuan Baech Resort Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2003.

Gunung Kinabalu

Sebahagian ahli rombongan bergambar di Kinabalu Park pada 1 Mei 2007 yang berlatar belakangkan sekitar kawasan kaki Gunung Kinabalu. Di Kinabalu Park ialah kawasan mula untuk pendakian ke Gunung Kinabalu terdapat pejabat untuk para pendaki melapur diri sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Asia Jika tidak membuat pendakian pengunjung berpeluang melawat sekitar kawasan Kinabalu Park dan dikenakan sedikit bayaran.

Kota Belud

Tengok apooo tu.........

Menara Nabalu

Semasa rombongan berada di menara tinjau Pekan Nabalu, Sabah. Menara ini berada di laluan dari Tamparuli menuju ke Kundasang.