PESTA BENAK
Perkataan BENAK selalunya merujuk kepada seseorang yang bengap atau sangap. Tetapi, di Sarawak, benak membawa maksud yang lebih bermakna terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan Sri Aman dan sekitarnya. Di sini, ‘benak’ merujuk kepada fenomena ‘ombak sungai’ (tidal bore) di mana air pasang dari laut ‘pecah’ apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai dan berlaku 2 kali sehari. Malah, kerana popular, Pesta Benak telah dikomersialkan dan diraikan pada tiap tiap tahun di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman.
Hanya ada DUA tempat sahaja di dunia ini dimana terjadinya benak dan Bandar Sri Aman adalah salah satu daripadanya. Bandar Sri Aman terletak kira kira 2-3 jam perjalanan dari bandar Kuching, Sarawak dan terletak di laluan ke Sibu, Bintulu dan Miri. Ianya sebuah pekan yang agak kecil dan sunyi, tetapi menjadi meriah apabila berlangsungnya Pesta Benak. Tiada pasaraya besar kecuali Supermarket Everise yang terkenal di Sarawak. Terdapat kedai makanan segera saperti KFC dan Sugar Bun pada tahun 2003. Ia lebih kecil dari Bandar Kajang, Selangor. Kebanyakan kedai termasuk stesen minyak tutup pada pukul 7.30 malam.Di Sri Aman juga terdapat sebuah kubu yang dibuat tanpa menggunakan sebatang pakupun iaitu Kubu Alice. Penduduk Muslim di sini agak ramai, dan begitu juga dengan penduduk Cina. Walau bagaimanapun, bahasa Iban merupakan bahasa utama di sini dan dipertuturkan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sendiri.
Pesta Benak disambut pada waktu dimana ombak benak berada pada paras tertinggi, iaitu pada tahun tersebut. Sambutan Pesta Benak 2006 disambut pada bulan Ogos dengan ombak benak mencapai ketinggian 6 meter!
Selain daripada Pesta Benak, Sungai Batang Lupar juga dikenali kerana di sinilah berlakunya serangan buaya ke atas penduduk tempatan. Disinilah juga tempatnya buaya Bujang Senang mengganas dan membunuh banyak nyawa pada tahun 90-an. Antara mangsa Bujang Senang ialah kanak kanak yang mana pencarian mayat mereka berakhir dengan penemuan menyayat hati. Bujang Senang mempunyai kebolehan licik melarikan diri daripada pawang dan penangkap buaya profesional sehingga pada suatu ketika ia dianggap sebagai binatang jelmaan.

Kunjungan RajaCafe semasa "Pesta Benak" di Sri Aman, Sarawak pada Mei 2003. Semasa Pesta Benak berlangsung, berbagai sukanika diadakan sementara menunggu benak berlaku. Semasa benak berlaku, pengumuman di buat dan acara sukanika berhenti seketika. Semua perhatian tertumpu kepada bot di tengah sungai yang mengiringi ombak laut air pasang yang bertemu dengan air sungai yang surut. Kejadian pertembungan air laut pasang bertembung dengan air sungai surut inilah yang menarik perhatian RajaCafe. Kejadian pertembungan (berlaga) air sungai surut yang mengalir ke laut dan bertemu dengan air laut pasang yang merubah keadaan air sungai dimasa itu. Sungguh menakjubkan dan dimaklumkan kejadian seperti ini berlaku hanya dua tempat di dunia!! Salah satu tempatnya berlaku di Malaysia iaitu Sri Aman , Sarawak. Inilah uniknya pesta tersebut!!!